Apa itu CTOS ?

apa itu ctos

CTOS singkatan kepada ( Credit Tip-Off Service ). CTOS Data Systems Sdn Bhd merupakan organisasi persendirian atau syarikat swasta yang juga menyediakan report kredit anda.

Ianya merupakan sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh mejoriti sistem kewangan negara, firma undang-undang, syarikat perdagangan dan perniagaan dan yang lain-lain.

Sebaliknya kalau CCRIS ia diurus dibawah Bank Negara Malaysia ( BNM ). Ctos ini sememangnya diurus oleh syarikat berdaftar malaysia dan kalau tak silap saya ianya dah lebih 20 tahun, fungsinya untuk kumpulkan semua data berkaitan kredit individu dan syarikat daripada pelbagai sumber yang diperolehi.

Tujuan ianya diwujudkan untuk dijadikan sumber rujukan kepada pemberi pinjam seperti bank malaysia, koperasi dan lain-lain bagi menentukan anda layak atau tidak untuk memohon pinjaman kewangan. Sela kebiasaanya institusi kewangan akan gunakan lebih dari satu laporan kredit untuk periksa keadaan sebenarnya kredit dan kebolehan pemohon untuk bayar balik hutang.

Dengan ada sistem ini proses untuk periksa dan baca data bakal pemohon pinjaman akan menjadi cepat dan berkesan. Jika skor kredit anda rendah atau blacklist susah untuk dapatkan pinjaman kewangan sebaliknya jika skor kredit tinggi, amat mudah untuk anda buat pinjaman kewangan.

Antara Sumber maklumat CTOS yang mereka rekodkan datang daripada :-

  • Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM)
  • Notis undang-undang dari akhbar
  • Warta dan penerbitan kerajaan.
  • Carian di pendaftar pertubuhan.

Untuk makluman rekod CTOS ini hanya anda sebagai pelanggan yang boleh mengakses Pengkalan Data maklumat CTOS dan untuk melihat mendownload laporan kredit Ctos ini anda perlu bayar terlebih dahulu, kemudian barulah anda boleh akses ke laporan kredit ctos anda.

Apa yang institusi kewangan boleh periksa daripada laporan CTOS anda adalah :-

  • Tindakan undang-undang
  • Pemilikan dan info perniagaan
  • Status kes
  • Status muflis

Penilaian Ctos Score :-

Daripada gambar diatas, anda boleh lihat sendiri ctos score anda apabila anda dah download laporanya. Kalau Fair dan kebawah, saya nasihatkan cepat-cepat baiki kredit skor anda. bagaimana nak baiki nanti saya kongsikan di next artikel.

Akhir sekali anda kena faham dan take note, CCRIS dan CTOS hanya menyediakan data dan fakta sahaja yang berkaitan dengan anda. Ia tiada kuasa untuk blacklist nama anda tetapi kesannya amat besar yang akan menentukan anda sama ada layak atau tidak untuk urusan pinjaman kewangan dengan institusi kewangan.


Related searches

  • Cara bersih nama meaning
  • tempoh clear nama ccris
  • cara bersihkan nama blacklist bank
  • jika nama sudah di blacklist bank
  • tempoh clear nama blacklist
  • tempoh clear nama akpk
  • semak nama blacklist bank negara online
  • rekod ccris tak cantik
  • cara bersihkan nama dari ccris ptptn
  • semak nama blacklist bank negara online